fanfic.

HOME ABOUT STORY OFFICIAL BLOG FOLLOW DASHBOARD

Annyeong . This is my fanfic . I don't always make a fanfic. I like to make a oneshot fanfic. Thanks.

© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Last Word [oneshot]
Saturday, June 16, 2012 | 2 peterpan(s)





“Aku kat mana ?”
“Encik dah sedar ?”
“Saya di mana ?”
“Encik di hospital”
“Hospital … ?”

-Flashback-

Eric’s pov

Aku berjalan keluar dari rumah. Segarnya. Kelihatan seorang kanak-kanak sedang bermain. Aku menegurnya , “Hye adik,”. “Abang siapa ?” tanya kanak-kanak tadi. “Abang baru pindah. Nama adik siapa ?” aku tersenyum melihat mukanya yang tertanya-tanya. “Shannon ! Nama abang ?” kanak-kanak itu menyoalku semula. “Nama abang Eric. Eh , adik tinggal kat mana ? Kenapa seorang je ? Nanti kena culik !” aku duduk di sebelahnya. “Shannon dengan kakak lah ,” kata Shannon sambil menunding ke arah seorang gadis yang cantik. “Itu ? Lawa sama macam Shannon,” aku memandangnya. Gadis itu berjalan ke arah aku dan Shannon. “Awak siapa ? Kenapa duduk sebelah adik saya ?” tanya gadis tadi. “Saya Eric. Tadi saya tengok dia seorang. Kalau ada orang culik nanti awak yang susah. Oh awaklah kakak Shannon ?” aku cuba berkenalan dengan kakaknya. “Oh .. terima kasih tengok- tengokkan Shannon. Saya Alice. Awak baru pindah sini ?” Alice duduk di sebelah Shannon. Dia mengelap tangan Shannon yang kotor. Aku hanya melihatnya. “Awak ?” kata Alice. “Huh ? Ya . Saya baru pindah,” aku menjawab pertanyaannya. “Alice ! Shannon ! Balik ! Makanan tengah hari dah siap !” jerit ibu kepada Alice dan Shannon. “Erm , kami balik dulu ! Nice to know you ,” kata Alice.

Kenapa jantung aku berdegup kencang ? Kenapa ? Kenapa ? Tak mungkin aku jatuh hati dengannya. “Hey . Kau kenapa ?” tegur Henry , kawan baikku. “Tak .. tak ada apa-apa,” aku menjawab soalan Henry. “Really ?” Henry mahukan kepastian. “Ya .. Apa guna aku tipu ?” aku berjalan ke dapur. “Aku tahu kau tipu. Dari muka kau , aku dah tahu kau tipu. Kita dah berkawan sejak sekolah rendah lah Eric. Kau ingat aku tak kenal kau ke ?” Henry menolak badanku. “Yelah .. kau nampak  perempuan tadi ?” aku menyoalnya. “Oh ! Alice ?” jerit Henry. “Tak payahlah menjerit !!!! Ya .. Jantung aku berdegup kencang duduk sebelah dia ..” aku memegang dadaku. “Itulah yang dikatakan cinta pandang pertama,” kata Henry lalu keluar dari rumah. Cinta pandang pertama ? Hmm .. Aku ke ruang tamu sambil membawa segelas air. “Aduh !” aku memegang kepalaku. Kenapa rasa sakit sangat ? Gelas yang berada di tangan ku jatuh di atas lantai. “Eric !!! Kau kenapa ?!” Henry berlari ke arahku. “A..aku tak tahu . Aku pening,”.

-End of Flashback-

Author’s pov

“Good morning Eric !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Henry. “Cik Abang .. Jangan menjerit ye ? Ni hospital bukan tempat karaoke !” marah seorang jururawat. “Okay cik adik ..” Henry berjalan dengan perlahan. “Good morning !” Eric tergelak kecil. “Amboi kau ! Gelak-gelak ! Nasib baik semalam aku ada ! Kalau tak , aku rasa kau dah takde kat dunia ni !” Henry membetulkan kotnya. “Yelah . Terima kasih ye ~” kata Eric. “Hmm . Eh ! Tadi Alice datang rumah .. Dia beri bekas makanan ni !” Henry memberikan bekas makanan yang berwarna oren. Eric membuka bekas makanan tadi. “Woah !!” jerit Eric. “Kau ni , sakit ke tak ?” Henry memukul kaki Eric. “Sakit lah !! Tengok apa yang dia bagi !! Ada tuna pancake , egg roll , nasi .. !! Henry sila cemburu !” Eric menunjukkan kegembiraannya. Henry hanya menjeling Eric.


****

Alice’s pov

Hmm. Macam mana keadaan Eric sekarang ? Eh , sejak bila aku kisah tentang Eric ? Kenal pun baru sehari. “Alice , Ibu dengar lelaki yang baru pindah tu masuk hospital ?” tanya Ibuku. “Ya. Tadi Alice beri dia makanan,” kataku. “Really ? Bila Alice masak ?” tanya Ibu. Ibu mengerutkan dahinya.  “Tadi Ibu pergi pasar dengan adik , Alice masak. Ibu tak marahkan ?” aku tergelak kecil. “Oh ! Tiada apa nak dimarah tapi lain kali beritahu ibu dulu,” kata ibu. Aku memandang Ibu dan memberikan senyuman. “Kakak ! Buka kan ni !” jerit Shannon sambil menunjukkan sebungkus coklat. “Dan yang ini !” sambungnya lagi. Banyaknya coklat dia ! “Ibu ! Untuk Alice takde ?” jeritku. “Ibu tak sempat nak belikan lah . Coklat tu pun adik menangis nak. Ibu ambil , bayar lepas tu terus balik ! Mianhae !” kata Ibu. “Oh takpe lah !” aku mengambil coklat tadi. “Adik bagi kakak sikit boleh ?” aku menanyanya. “Hmm ..” Shannon hanya mendiamkan diri. “Okay .. nah !” aku membukakan bekas coklat tadi. Kemudian , aku berjalan ke ruang tamu.

Beberapa minit kemudian , Shannon datang ke sebelahku. “Kakak , mana abang Eric ?” tanya Shannon. Aku terkaku. Kenapa adik tanya soalan macam ni ? “Abang Eric ? Abang Eric kat hospital,” aku memberitahunya. “Hospital ? Kenapa ? Adik nak jumpa abang Eric !!!” rungut Shannon. Omo adik aku. Kenapa dia nak jumpa Eric ? Kring .. kring .. kring . Telefon deringku berbunyi.

“Hello ?”

“Hello Alice !” kedengaran suara Henry. “Ahh ! Henry ! Hye ! Awak kat mana ? Hospital ?” kataku. “Ya . Eh datanglah hospital. Jenguk si Eric ni ! Dia suruh awak datang !” kata Henry. “MANA ADA !!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Eric kedengaran. “Kakak ! Tu abang Eric ke ?” jerit Shannon. Shannon merampas telefon bimbitku. “Adik !!! Jangan !!!” aku menjerit dan mengambil semula telefon bimbitku.  “Awak  kenapa Alice ?!” Henry sedikit terkejut. “Maaf ! Shannon rampas telefon bimbit saya. So , macam mana keadaan Eric ?” aku menyambung perbualan tadi. “Awak tak jawab pertanyaan saya ! Nak datang ke tidak ?” kata Henry. Aku terkaku. “Nak jumpa abang Ericccccccc !” jerit Shannon. “Tengok tu , adik awak nak !” kata Henry. “Aigo , okay okay. Tepat jam 4 !” kataku. “Okay !” Henry terus memutuskan talian. Oh gila. 


****

-Dihospital-

Henry’s pov

“Kau ni teruklah Henry ! Apahal nama aku pula yang kau sebut ?” geram Eric. Aku hanya buat tak tahu. Aku tidak melayan apa yang dikatakan oleh Eric. Aku lihat jam tangan aku . Tepat jam 3.55 petang. Sebentar lagi mesti dia tiba. “Henry !” jerit Eric. “Errr ..” aku memandangnya. “Kau kan !” jeritnya lagi. “Baik kau senyap ! Kau nak sakit ke nak sembuh ? Kalau nak sakit , aku nak tumbuk kau !” kataku. “Hello ?” kedengaran suara Alice. Keadaan senyap dan sunyi. “Kenapa senyap ?” Alice kehairanan. “Hye ?” kata Alice. “Hye !” kata ku. “Kenapa korang senyap tadi ?” tanya Alice. “Tadi Eric kata dia tak sabar nak tunggu awak datang,” aku tersenyum. “Aduh !” Eric memukul badanku. “Mana ada. Jangan percaya cakap dia !” kata Eric. Alice tersenyum comel. “Bila awak boleh balik Eric ? Shannon rindu sangat dengan awak ,” kata Alice. “Eh ?” Eric tersentak. “Esok .. Woahh ! Abang pun rindu Shannon,” kata Eric sambil mengusap kepala Shannon. “Esok ? Ahh okay,” Alice dan Eric terlalu janggal. “Apa kat tangan awak tu Alice ?” aku memandang ke arah tangan Alice. “Ahh , ni buah untuk Eric dan coklat. Coklat ni Shannon yang bagi,” jelas Alice.

-Keesokkan harinya-

Author’s pov

Eric bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Henry membantu Eric mengemas barang-barang. “Petang ni , nak ajak Shannon datang rumahlah,” kata Eric. “Kakak dia ?” kata Henry pula. “Kakak dia .. malu aku nak ajak,” kata Eric. “Ceh . Nak malu-malu pula kawan aku sorang ni !” kata Henry. Eric hanya tersenyum. “Dah sedia nak balik ?” tanya Henry. “Dah !! Jom !!” kata Eric.

-Apabila tiba di rumah-

Shannon dan Alice segera keluar dari rumah. Mereka sangat gembira kerana Eric sudah pulang ke rumah. Eric terkejut kerana Alice juga menyambut kepulangannya.

Eric’s pov

“Hye ! Awak pun ada ?” aku menegur Alice. “Kenapa ? Tak suka ke ?” Alice membuat muka sedih. “Eh mana ada ! Saya terkejut je awak ada,” aku menarik tangannya. “Jom lah masuk,” aku membawa Alice masuk. Shannon mengekori kami daripada belakang. “Henry !!!!!” jeritku. Alice sedikit terkejut kerana jeritanku. Aku memandangnya dan berkata, “Maaf. Hehe,”. Alice hanya menganggukkan kepalanya. “Eh Eric , nah ! Ibu saya bagi !” katanya. “Wah ! Jeongmal ? Kamsahamnida !” aku mengambil bekas makanan itu. “Yo ~” sapa Henry. “Eh ada Alice !” sambungnya lagi. Tak reti hormat tetamu kawan aku seorang ni. “Hye Shannon !” aku duduk di sebelah Shannon. Comelnya ! Aku mencubit pipinya yang gebu. “Awak betul-betul dah sihat ke ?” tanya Alice. Aku memandangnya dan mengangguk. “Kenapa ?” soalku semula. Alice menggelengkan kepalanya. Hmm , biarlah. Aku terus bermain dengan Shannon. “Omo !” jeritku. “Kenapa ?!” jerit Henry dan Alice. “Tiada apa . Shannon comel sangat ! Hehe,” aku tersengih. Mereka berdua menjelingku. “Jom makan ? Tadi Henry ada beli McD !” jeritku. “Jom !!!!!!!!!!” jerit Henry pula. Kring .. kring .. kring. “Hello ?” aku menjawab panggilan telefon tadi. “Eric-sshi ! Alice ada disitu ?” suara Ibu Alice kedengaran. “Ada . Kenapa ?” tanyaku. “Kawan lama dia ada disini. Boleh kawan lama  dia pergi ke rumah Eric ?” tanya Ibunya. “Boleh je !” kataku. Aku memutuskan talian dan kembali ke tempat duduk. “Siapa ?” tanya Henry. “Entah,” aku mengangkat bahu.

Lima minit kemudian , “Hello !” suara seorang gadis kedengaran. Mesti itu kawan Alice. “Alice , awak pergi buka,” aku mengarahnya. Alice terkejut. “Saya ?” kata Alice. Aku menganggukkan kepalaku. “Oh my god !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Alice. “Omg ! Eric ! Macam mana awak …. ?” Alice terlalu gembira. “Hai. I’m Avril,” Avril membongkokkan badannya. Henry hanya memandang ke arah Avril. “Inilah yang dipanggil cinta pandang pertama,” perliku. “Huh ?” Alice dan Avril terkejut. “Eh bukan untuk awak berdua , tapi untuk seseorang tu !” kataku. Alice lantas memandang Henry. Alice memandangku dan tersenyum. “Ha’ah lah. Tak sangka !!” peril Alice pula. “Ke..kenapa ?” kata Avril. “Tiada apa lah !” aku dan Alice tergelak. Henry hanya mendiamkan diri kerana dia tahu bahawa kami berdua memerlinya.

Beberapa minit berkenalan dengan Avril, kami meneruskan apa kami yang kami buat. “Alice , awak dengan Avril dah lama berkawan ?” aku memulakan topik. “Erm , dari kecil lagi. Sejak sekolah rendah tapi disebabkan saya terpaksa belajar diluar negara, kami terpaksa berpisah,” kata Alice. Aku hanya menganggukkan kepalaku. “Awak dan Henry?” tanyanya pula. “Kami pun ! Sejak sekolah rendah !” jawab Henry. “Akhirnya seseorang tu keluarkan suaranya!” perliku. Henry memukul tanganku.

“Cari pasal !”

Aku menjelir lidahku. Fuuuu , sakit hati dengan aku lah tu.

****

Isnin , Februari 2013.

Alice’s pov

Aku berjalan dengan perlahan ke kelas. Aku lalu disebelah kelas 5 Cube , kelas yang kedua. Kelihatan Jay sedang tekun membaca buku. Jay adalah abang kepada Avril. Mereka adalah kembar. Aku terus berjalan ke kelasku sebelum loceng berbunyi. Aku melangkah masuk , loceng terus berbunyi. Aku terus berlari ke tempat dudukku. “Selamat pagi semua,” tegur Puan Han yang baru masuk ke kelas. “Hari ini kita ada pelajar baru,” sambungnya lagi. Perasaanku tertanya. “Sila masuk,” kata Puan Han. Seorang lelaki masuk ke dalam. Aku terkejut. Lelaki itu adalah Jung Eric ! Eric memandangku dan tersenyum. “Sila kenalkan diri awak,” kata Puan Han. “Hye , nama saya Jung Eric. Baru berpindah ke sini beberapa hari yang lepas, tolong tunjuk ajar !” senyum Eric. Semua pelajar perempuan menjerit kecuali .. aku. “Eric awak duduk disini,” Puan Han menunjuk sebuah tempat yang kosong. “Boleh saya pilih tempat sendiri ?” soalnya. Puan Han menganggukkan kepalanya. “Sebelah Jiyoug,” Eric tersenyum. “Awak berdua dah kenal ?” Puan Han terkejut. “Kami berjiran,” jawabnya ringkas. “Oh! Pergilah duduk di sebelah dia,” kata Puan Han. Eric berjalan ke arahku. Aku memandangnya dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Jam loceng berbunyi. Itu tandanya sekarang adalah waktu rehat. Kelasku amat bising. Aku berjalan keluar dengan tenang. Eric mengekoriku. “Mana Henry ?” aku memandangnya. “Dia .. dia malas .. kot .. Avril mana ?” jawabnya. “Kenapa cakap macam tu ? Macam budak kecil ! Avril dia masih penat , baru seminggu disini,” aku tersenyum. Eric mengangkat bahunya. “Alice-ahh !” suara seorang lelaki kedengaran. “Jay-ahh ! Bila Avril nak datang ? Bosan tak ada dia !” aku membuat muka sedih. “Nanti kembar Jay datanglah ! Jangan risau ! Dia comel lah sekarang. Untungkan dia dapat pergi sana !” kata Jay. Eric hanya mendiamkan diri.

Eric’s pov

Siapa lelaki ni ? Kembar dia ? Siapa kembar dia ? Avril? Tak serupa pun ? Pelbagai pertanyaan berada di fikiranku. “Oh ya ! Ini Eric,” Alice memperkenalkan ku kepada lelaki itu. “Hye ! Saya Jay ! Kembar Avril !” Jay berjabat tangan denganku. “Hye ! Saya Eric,” aku memperkenalkan diriku pula. “Gembira jumpa awak !” kata Jay. “Saya nak balik kelas. Bye Alice dan Eric,” sambungnya. “D-dia betul ke tidak ?” soalku. “Ish mulut awak !” Alice memarahiku. “Alice , pengetua nak jumpa kau,” kata salah seorang pelajar. Alice memandangku lalu berkata, “Saya pergi dulu ya,”.

Avril’s pov

Kyaaaaaaa ! Bosannya tak sekolah. Bila aku boleh pergi sekolah ? Rindu Alice ! Hmm , esok aku nak pergi ke sekolahlah ! “Avril!!!!” jeritan Ibu kedengaran. Aku segera berlari ke arah Ibu. Aku tersenyum lalu berkata, “Ibu ! Bila Avril boleh pergi ke sekolah macam abang ?” Ibu terkaku. Sila beri jawapan, ibu ! Adik dah kebosanan. “Esok pergilah ! Ibu tak kisah. Oh ya ! Boleh pergi kedai tak ? Belikan halia !” kata Ibu. Aku menganggukkan kepalaku. Ibu memberiku duit. Woah ! Lamanya aku tak pegang duit America. Aku membelek-belek duit itu. “Pergilah sekrang !” kata Ibu. Aku tersengih dan terus ke kedai.


****

Alice’s pov

Aku mengetuk pintu bilik pengetua. “Sila masuk,” aku masuk ke dalam bilik pengetua, Puan Lysa. “Sila duduk,” Puan Joori memandang aku lalu tersenyum. “K..kenapa ?” aku kebingungan. “Tahniah ! Awak mendapat tempat pertama dalam pertandingan Piano of The Year !” kata Puan Lysa.  Aku seperti tidak percaya. Berpuluh-puluh peserta , aku yang memenangi pertandingan itu ?! “Puan . . . betul ke ?” aku masih tidak percaya. Aku terus keluar dari pejabat pengetua. “Tunggu !” langkahku terhenti. “Ya ?” aku kehairanan. “Awak terpaksa ke Jepun selama 3 tahun untuk belajar Muzik dengan lebih lagi, tiada bantahan,” kata Puan Lysa.

Eric kebingungan.Aku terus menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya. Eric amat gembira. “Woahhhhhhhhhh ! Alice ! Awak memang terbaik !” katanya. Aku hanya tersenyum. “Tapi … saya kena berpindah ke Jepun,” kataku. “Really ?” Eric menundukkan kepalanya.

-Beberapa minggu kemudian-

Aku bersiap-siap untuk berlepas ke Jepun. Ada perasaan gembira dan sedih. Perasaan gembira untuk berlepas ke Jepun dan perasaan sedih untuk meninggalkan Ibu dan adik.

Eric’s pov

Kenapa Alice perlu pergi ke Jepun ? Hmm .. “Sedihnya,” tegur Henry. Aku tersentak. “Ish kau ni ! Terkejut aku !” kataku. “Sedih ke Alice nak ke Jepun ?” tanya Henry. Aku mengangkat bahuku. Henry hanya senyum. “Erm Eric, maaf kalau ada salah eh. Lagipun kita baru kenal kan ?” kata Alice. “Erk ? Baru kenal ? Dah lebih 3 bulan lah Alice,” aku tersenyum. “Woah ! Really ? Tak sangkanya ! Haha,” Alice tergelak. Aku hanya tersenyum. “Awak tinggal sana berapa lama ?” soalku. “3 tahun ? Saya kena belajar muzik di sana,” kata Alice. “Hmm .. teksi dah nak bertolak, selamat tinggal Alice !” aku melambainya. Alice mencium pipi Shannon dan Ibunya. Air matanya mengalir.

-Keesokannya-

 “Baru beberapa minggu masuk sekolah ni , Alice dah tiada,” aku mengeluh. Apakah nasib ? Cepatlah tiga tahun ! Aku dah rindu sangat dengan dia. “Eric !” jerit Henry. Aku mengalihkan pandanganku kepada Henry. “Rindu Alice lah tu !” katanya. Eh ? Mana dia tahu ? “Mana ada,” aku cuba mengelak. Henry memberi senyuman sinis.

“Betul ..”

“Tipu ..”

“Tengok air muka kau , aku dah tahu !” sambungnya lagi. “Okey ! Aku mengalah !” aku menjelingnya. Henry memberi senyuman yang amat sinis. Eeeee , menyampahnya aku dengan dia ni ! You got a message ! Telefon bimbitku berbunyi. Mesej ? Siapakah ? Malasnya ! “Hye Eric. Ahh saya kacau ke ? Hehehe cakap kat ibu saya , saya rindu dia !” pesanan daripada Alice rupanya. “Balas lah kat dia yang kau rindu dia !” aku memandang tepat mata Henry. Cari pasalnya dia ni ! “and .. cakap kat Avril sekali okay?” sambung Alice lagi. Aku menundukkan kepalaku. “Sedih takde pesanan untuk dia !!!!!” jerit Henry. Aku menumbuk dadanya. “sakitlah !” Henry memegang dadanya. “okay , aku senyap !” sambungnya lagi.

“No message for me ?” aku membalas mesejnya. Lima minit kemudian , satu pesanan tiba. “Ada lah ! I miss you very much !” aku terkaku. Dia cakap dia rindu aku ke tadi ? Eh dia tak cakap , dia mesej. “Okay .. hahaha,” betapa janggalnya kami berdua.

Jam 4.00 petang

Author’s pov

    “Avril , Henry nak jumpaaaa ,” jerit Eric. Henry menekup mulut Eric. “Kau ni apahal ?!” marah Henry. Eric menghindarkan pertanyaan Henry. “Kenapa ?” tanya Avril. “Henry cakap , eh ! Alice cakap dia rindu awak,” Eric tersenyum. Henry menjeling Eric. Eric memang suka cari pasal ! “Tolong cakap dengan ibu dan adik Alice okay ? bye !” kata Eric.

-3 tahun kemudian-

Ibu Alice , Shannon , Eric dan semua yang rapat dengan Alice menunggu Alice di lapangan terbang. Tidak lama kemudian , kelihatan seorang gadis yang comel. Itu Alice ! Dia semakin lawa. “Hyeeeeee !” jerit Alice dari jauh. “Ibuuuu ! Alice rindu ibu ! Shannon ! Ahhhh dah besar !” Alice terlalu excited. “Ehemmm ..” Alice mengalihkan pandangannya. “Av..rillllllllllll ?! Is this you ? Wow ! You so pretty !” kata Alice. “Hahaha , Alice kau tak berubah ! Comel !” Avril mencubit pipi Alice. “Tak rindu orang belakang aku ke ?” kata Henry. “Hye Henry .. Belakang awak ?” tanya Alice. “Hye !” tegur Eric. “Hye ! Eeeee awak dah berubah !” kata Alice dengan kuat.

“Janganlah cakap kuat-kuat !”

“Eric makin handsomeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !”


“Alice …” kata Eric. “Okay !” Alice memberikan senyuman yang comel.

Apabila tiba di rumah , Alice mengajak Eric keluar berjalan-jalan. Mereka pergi ke taman. “Alice .. awak tahu tak ?” kata Eric sambil melihat ke langit. “Tahu … apa ?” Alice ingin tahu. “Awak … makin cantik !” Eric tersenyum. “Thanks. Awak pun … makin kacak !” puji Alice. Eric tersenyum. “Kenapa awak nampak murung ?” tanya Alice. “Nah coklat,”  Eric mengangkat bahunya. “Saya nak cakap sesuatu .. tapi ..” Eric menundukkan kepala. “Yes ? anyway thanks coklat ni ! Heee,” tanya Alice. “Nanti jelah!” kata Eric. “Ehm ! Dah jam 6 ! Jom pulang ?” ajak Alice. Eric menganggukkan kepalanya. Tibanya di rumah Alice .. “Nanti saya beritahu benda yang saya nak cakap tau !” kata Eric. “Okay !” balas Alice dengan senyuman yang comel.

Alice’s pov

Eric berjalan sambil memandangku. Dia tetap melambai aku. Tiba-tiba , ada sebuah kereta yang amat laju memintas sebuah lori yang agak perlahan. “E..ric !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Awas ! Keretaaaaaaaaa !” jeritku dengan kuat. Coklat yang diberi oleh Eric terjatuh ke lantai. “E-e-eric …” aku berlari ke arah Eric. “Sorry tak berhati-hati,” Eric tersenyum. “Awak gila ke ?!” air mataku mengalir. “Ahh , kepala saya,” Eric memegang kepalanya. “Mungkin , ini kali terakhir saya hidup,” sambungnya lagi. “Tidak ! Saya baru balik dari Jepun ! Saya rindu nak keluar dengan awak !” jeritku. “Henry kan ada .. ? Benda yang saya nak cakap tu …” Eric memegang kepalanya yang sakit. “Henty dan awak berbeza ! Awak lebih memahami saya !” aku memegang tangan Eric. “Boleh awak beritahu benda yang awak nak cakap ?” aku mengelap airmataku.  “I .. I .. love you …” mata Eric tertutup. Aku menyentuh pergelangan tangannya untuk mengesan sama ada nadinya masih berdenyut ataupun tidak. Aku terkaku. “I love you .. too ..” aku bisik di sebelah telinganya. 
-Tamat-