fanfic.

HOME ABOUT STORY OFFICIAL BLOG FOLLOW DASHBOARD

Annyeong . This is my fanfic . I don't always make a fanfic. I like to make a oneshot fanfic. Thanks.

© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
It's Over {oneshot}
Saturday, July 27, 2013 | 0 peterpan(s)



Aku tak boleh lelapkan mataku. Aku seperti tidak percaya kata-katanya tadi.

-Flashback-

Taman , April 2013.

Aku menunggunya di tempat yang kami selalu duduk. Kelihatan seorang gadis yang berbaju merah jambu dan berseluar putih berlari-lari anak ke arahku.

“Ah , maaf sebab Jun lambat ! Jun hampir terlupa tadi !” rambutnya yang tidak terikat telah menghalang pandanganku untuk memandangnya.

It’s okay . Roy pun baru sampai , hihi.”

Dia memandangku dengan pandangan yang agak mencurigakan, “betul ni ?” Juniel melabuhkan punggungnya di sebelahku. “Jun , Roy ada benda nak beri pada Jun.”

“Apa dia ?” Juniel memandangku. “Uhm , nah.”

Aku memberi sebentuk cincin kepadanya. Pada cincin itu tertulis “Roy and Jun”. Juniel tersenyum , “Couple Ring ?” tanya Juniel. Aku hanya mengangguk lalu menyarungkan cincin itu ke jarinya. “Jangan hilangkan tau ! Kalau hilang , Jun tak sayang Roy lah maknanya.” Juniel mencubit hidungku.

“Takkan lah Jun sanggup hilangkan cincin yang Roy beri.”

“Siapa tahukan.”

“Bila Roy beli cincin ini ? Mana tahu saiz jari Jun ? Muat-muat je ni.”

“Eh , Roy kan teman lelaki Jun. Of course , Roy tahu.” Aku tertawa kecil. “Ciri-ciri suami yang bagus !” Juniel  mengusikku. Aku hanya menunduk malu.

***

“Rindu seseorang ke ?” sapa lembut Jinyoung , kawan baikku. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Tak sanggup nak mengaku yang aku rindu Juniel , nanti kena perli dengan dia. “Yalah tu,” Jinyoung mengangkat kening.

Aku hanya boleh tersenyum. Tiba-tiba , telefon bimbitku berdering.

“Hello , Jun ?”

“Roy ....”  Juniel memanggilku dengan suara lembut.Seperti menangis pun ada. Risau aku dibuatnya.

“Kenapa ni ? Cakap dengan Roy !”

“To..tolong Jun..”

“Kenapa ? Apa terjadi ? Jun di mana ?” Aku menjadi cemas dan tidak tentu arah.

“De...de...kat tem...pat...letak kereta...”

Panggilan terputus.

Apa dah jadi ?

Kenapa dengan Jun ?

Aku segera memandu keretaku ke tempat tinggal Jun.

“Tempat letak kereta” Aku yakin , mesti di tempat tinggalnya.

Tempat tinggal Juniel

Aku dengan cemas mencari Juniel di tempat letak kereta. Mana ? Mana dia ? Mana Juniel ?

Setelah beberapa minit mencari , anak mataku tertumpu pada seorang gadis yang terbaring. Aku mendekatinya.

CHOI JUNIEL.

“Juniel ! Juniel ! Bangun ! Jun ! Jangan buat Roy macam ni !” aku menampar lembut muka Juniel.

“Apa...ni...Roy...Jun...o...okaylah”

“Ta....pi sa...sakit” sambungnya lagi.

Perutnya berdarah. Seperti ditikam. Aku segara membawanya ke hospital berhampiran.

Di hospital.

Aku menunggu dan menunggu.

Seorang doktor keluar dari bilik dimana Juniel dirawat.

“Bagaimana dengan Juniel ?”

“Ah , awak suami dia ke ? Dia okay , cuma terlalu banyak pendarahan kerana lambat ke hospital.”

“Oh , terima kasih doktor , boleh saya melawat dia sekarang ?”

Doktor tadi hanya mengangguk.

Aku membuka pintu dengan perlahan , takut ia akan menganggu Jun. Aku mendekati Jun.

“Apa aku dah buat , aku pernah janji nak lindung dia , nak jaga dia , tapi.... apa yang terjadi” bisik hatiku. Airmataku mengalir ke pipi. Aku memegang tangan Juniel.

“Kenapa Roy nangis ? Lelaki mana boleh nangis ,” Jun tersedar dari tidurnya.

Aku segera mengelap airmataku. “Mana ada Roy nangis.”

“Jun .... boleh tak cerita apa yang berlaku ?” aku tertanya-tanya apa yang berlaku.

“Sebenarnya , ada orang nak cuba rompak Jun , tapi... Jun cuba melawan... jadi .. dia tikam Jun..” lembut suara Jun menceritakan apa yang berlaku.

“I am sorry . I am so sorry .”

“Huh ? Kenapa ? Apa yang Roy buat ?”

“Roy tak tunaikan janji Roy untuk lindung dan jaga Juniel.”

Jun tersenyum , “bukan salah Roy pun , dah berlaku pun.”

Aku cuba untuk menceriakan suasana di situ, “tadikan , doktor yang rawat Jun kata Roy suami Jun !” Juniel ketawa. “Euwwww kita belum kahwin k !” gurau Juniel. “Roy tak kata pun kita dah kahwin ! Mehrong !”

Juniel memukul tanganku. “Dah , Jun rehat okay ?”

Beberapa minggu kemudian

“Yeah ! Dah boleh balik rumah ! Dah boleh kacau Roy balik !” jerit Juniel. “Shhh,” aku memarahinya. Dia hanya memuncungkan mulutnya.

Apabila tiba dirumahnya , aku mengeluarkan barang-barangnya. “Amboi , ni barang siapa ni ?” aku memerlinya. “Tolong lah !” jerit Jun dari dalam rumah.

Aku masuk ke dalam rumahnya, aku ditegur oleh ommanya, “Lamanya tak nampak Roy. Apa khabar ?” Aku tersenyum. Ya , aku dan omma Juniel memang berkenalan. “Saya sihat je ! Penat sikit jaga anak makcik tu, hehe” aku tertawa kecil.

“Mengumpat  ! Mengumpat !” jerit Jun.

Puan Hyejin hanya menggeleng melihat gelagat Jun. “Biar jelah beg tu kat situ dulu, nanti makcik bawa naik atas.”

“Oh okay , kalau macam tu , saya balik dulu ye makcik !” aku meletakkan begnya.

“Eh minum lah dulu !” pelawa Puan Hyejin. “Takpelah , terima kasih !” aku menggeleng.

***

Seperti biasa, aku akan menelefon Jun untuk mengetahui keadaannya.

Pelik. Dia tak jawab.

Aku menelefonnya buat kali kedua.

Masih tak dijawab. Sibuk kot.

Aku membuka almariku dan memilih baju kemeja biru. Aku pergi ke sebuah kedai kek.

Dalam perjalanan ke sana , aku ternampak Juniel. Dengan seseorang. Lelaki.

Tak mungkin ni sebab dia tak jawab panggilan aku kan ?

***

Beberapa hari kemudian

“Roy , Jun nak jumpa Roy. Penting .” kata Juniel.

“Okay.”

Apabila aku tiba di taman , aku terus ke tempat biasa kami jumpa.

“Nak apa ?”

“Nah . Ambil balik.” Aku agak terkejut. Kenapa dia pulangkan cincin yang aku bagi ?

“Kenapa ....... pulangkan balik?” aku menyoalnya dalam keadaan terkejut.

“Let’s break up.”

“Ha, jangan berguraulah.” Aku masih tak percaya.

"I'm serious." 

"I'm begging you ! Please don't ...."

"It's over , Roy Kim."

-end of flashback-

Mungkin kah dia akan kembali pada aku ?

Semua memori indah yang aku jalani bersama dia .

Ia membuatkan hati aku rasa sakit untuk mengingatinya.

Kenapa dia tinggalkan aku dengan cara begitu ? Aku tak dapat lupakan dia.


Aku masih tak boleh percaya. Aku akan tetap menunggu dia.
The end .